Friday, 7 October 2011

Batas Pergaulan lelaki dan perempuan


Pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram pada prinsipnya tidak dilarang Islam. Akan tetapi ia hendaklah berlaku di dalam lingkungan batasan-batasan yang telah ditetapkan.
Berikut kami paparkan di antara batassan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram yang di gariskan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam fatwa Mu'asyirah :
1. Menahan pandangan dari dua belah pihak.
Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.(Surah al-Nur:30-31)
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya.
Firman Allah yang bermaksud:
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka....(Surah al-Nur : 31)
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab-adab sebagai seorang muslimah dalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:
  1. Perkataan - elakkan daripada menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
  2. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
  3. Pergerakan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna-warna yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu di dalam batas-batas keperluan sahaja, tidak berlebih-lebihan.


Berikut pula adalah batasan-batsan yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah:
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duaan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak.
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah ke atas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki ke arah perkara-perkara yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fizikal - bersentuh lelaki dan perempuan.
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa-apa majlis terebut.
Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu dalam pergaulan tersebut, diantaranya :
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang diluar topik perbincangan.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi seperti umur dan seumpamanya.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan bergaul dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Pertemuan tersebut hanya berlaku berdasarkan keperluan, contohnya : keperluan belajar, berdakwah, merawat pesakit dan seumpanya.


credit:iluvislam

No comments: